Sunday 21 August 2011

alahai S.A.P.S......

salam....
haaa..skrg nie tgh demam SAPS...nak tau apa itu SAPS? ianya adalah Sistem analisis peperiksaan sekolah...
di mana...ceewahh...kami dikehendaki meng "key in" sume markah budak dari awal taun hingga la hjg taun...fuhh...
yang mengebestkan lagi keadaan...nak masuk tu ala2 kena berebut la..besa la sistem online nie..kalo ramai guna alamatnya berjanggut la tggu nk masuk markah tu..huhu...
dan aku sebelom cuti nie kena la habiskan masukkan sume markah2 tu...sebabnya??? haa..sebabnya naik cuti raya nanti aku dh nk bercuti bersalin...so tak nak menyusahkan mana2 pihak..kena la selesaikan sumer kerja...insyaallah boleh!! hehe....dan sebelom cuti nie gak kena sediakan bahan2 untuk kelas2 yang akan ditinggalkan...sebabnya tak dak cikgu ganti....hohoho~~
haaa..ok la...tapi sebelom tu nk bgtau yg mggu nie dapat kueh raya dah..boleh la makan time bukak posa nnt...hehehhe
ok la..babai....

Monday 15 August 2011

Mood Raya......hehehe


haaaa....hari nie dah masuk 16 hari kita berpuasa....mood nak raya pon dah rasa dah..lagu2 raya mula berkumandang di corong2 radio...alahai...xsabar plak nk raya sb nk makan yg best2...heheheee
Sebut pasal makanan di hari raya....ketupat..rendang...satay...nasik dagang...adoiii terliur la...tambah2 sebut time2 pose nie...terbayang2  kesedapannya....hehhee

 wah..sedapkan....hehehe.....hehe

okla..malas nk cakap lebih2 pasal makanan bulan2 pose nie..buat terliur jer..hehehe ok la nnt update lagi entry pasal raya ekk....ok la babaiiiiiiiii.............


Hikmah dan Pahala Wanita Hamil

Hikmah dan Pahala Wanita Hamil
Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaatsolat wanita tidak hamil

Rasulullah menyebut bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama


Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari

Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala puasa di siang jari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah.

Pahala wanita bersalin

Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

Demikian mulianya pahala bersalin sehingga tidak wajar apabila digempar-gempurkan (kempen) menghadkan jumlah kelahiran menerusi program “Perancangan keluarga” sedangkan Rasulullah memerintahkan kita memperbanyak zuriat untuk menguatkan umat ini.

Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibdah.

Jangan ada lah di antara kita menjauhkan hamil atau menganggap kehamilan itu menyusahkan...anak itu rezeki ALLAH..

Sunday 14 August 2011

Danisha dah nk jadi Kakak..:-)

hari nie alhamdulillah dh masuk 15 hari kita berpuasa...
pejam celik..pejam celik...kejap jer kan...
dan xlama lagi dh nak raya dah...hehehe...
dan harap2nya aku sempat la menyambut hari raya sebelum bersalin...
kalo tak alamatnya hari raya nanti telan air liur jer la tgok makanan sedap2...hehe

masuk minggu nie dh genap la 36 minggu...insyaallah ikut tarikh adik danisha akan lahir pada 6 september 2011...:-)
adik danisha lelaki ke pompuan?? supriseeeeeeee.......hehe nanti dah bersalin akan di khabarkan yer...
dan sepanjang bulan puasa nie alhamdulillah dapat berpuasa dengan jayanya...walaupon kadang2 tu penat mengatasi segalanya..tapi alhamdulillah dapat bertahan...syukurr...
ok la sekian dulu.....babaiii....


Baru tercipta...

salam...

blog yang lama dh tak boleh bukak....kesnya tak ingat password....huhuhuso...hari nie cuba la buka blog yang baru...
saja2 jer untuk memahirkan skill blog memblog nie...hehe
dengan kata lainnya baru nk belajar la kan...
boleh jugak jadikan sebagai diari kan...kui3x...
tapi..bukan untuk mengumpat org ok....opsssss....hehehe
ok la...that all for this time ya....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...